Saturday, 20 June 2015

Simpanan Cash Rebate

Jom Menabung Bersama Kami!!

Pelbagai Manfaat Menarik!!
Keuntungan Tetap!!
Keuntungan Pada Nilai Tinggi!!

Percuma Khairat Kematian!!
Percuma Elaun Hospital!!

Simpanan Cair!!!
Proses Hibah dan Cepat!!

PM skrg!!!

0195698443
Muhammad Syafiq
Perunding Kewangan Islam

‪#‎jom_menabung‬
‪#‎support_company_malaysia‬



Simpanan Haji & Ummrah

Adakah anda mempunyai cita-cita utk ke Tanah Suci??

Apakah perancangan anda??
Terpaksa tunggu giliran sehingga 50Tahun???


Saya ada perancangan terbaik utk anda!!
Anda boleh mencapai cita-cita anda seawal 20tahun!!!

Simpanan akan dikreditkan ke Akaun TABUNG HAJI anda!!
Percuma Khairat Kematian / Hilang Upaya RM14,000++!!
Percuma Elaun Harian Hospital minima RM50!!

Hubungi saya sekarang!!!

0195698443 Muhammad Syafiq
Perunding Kewangan Islam

MARI KITA BERSAMA2 MENUNAIKAN RUKUN ISLAM KITA YG KE-5!!

IN SHA ALLAH!!


Wednesday, 20 May 2015

Cukupkah KWSP Anda???

68% of those aged 54 have <RM50,000!
Adakah anda tergolong dari golongan di bawah???
Adakah anda yakin anda tidak akan sesekali menggunakan wang simpanan KWSP anda???
Assuming that the members spend RM830 per month, RM50,000 can only last for 5 Years!!!
Cukupkah RM830 sebulan anda gunakan ketika anda bersara nanti??
Adakah harga roti canai,nasi lemak,teh tarik ketika itu masih sama seperti sekarang???
Hmmm... atau anda ingin terus bekerja selepas umur 55tahun???
Ambil tindakan bijak!!
PM PM PM
In sha Allah sama2 kita share ilmu yang berguna!
0195698443
WhatsApp Call SMS


SERENDAH RM2 SEHARI!!!

Assalamualaikum ...
Perlindungan Khas utk Kakitangan Swasta & Kerajaan!!!
Takaful TERMURAH DI PASARAN!
Saya Menawarkan Pelan Mampu Milik utk semua peringkat umur !
Bermulalah seawal usia muda ...
Perlindungan Seumur Hidup!!!
SERENDAH RM2 SEHARI!!!
Manfaat bakal diterima:
1) Manfaat Kematian & Hilang Upaya minima RM100,000!
2) Khairat kematian RM1,000
3) Elaun Harian Hospital minima RM50 setiap hari
4) Pengecualian Sumbangan - Simpanan PERCUMA
5) WANG SIMPANAN - selepas tempoh matang
6) AMAL JARIAH
PM PM PM
>> RM2 SEHARI!!! <<<
FREE QUOTATION!
FREE MYSTERY GIFT!
0195698443
Muhammad Syafiq
WhatsApp Call Sms
*terma & syarat

KLIK FREE QUOTATION UTK PAKEJ INI!

Saturday, 16 May 2015

Tentang Saya


Muhammad Syafiq Abdul Rahim

Assalamualaikum, 

Saya merupakan Perunding Kewangan Islam di syarikat Etiqa Takaful Berhad. Telah berkecimpung hampir 2tahun di dalam bidang Perniagaan Takaful.

Berasal dari Parit Perak dan kini menetap di Pulau Pinang.

Berkelulusan Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik dari Japan Malaysian Technical Institute.

Mahir dan minat dalam selok belok perniagaan.

Matlamat ingin membantu masyarakat terutama Islam & Melayu dalam meningkatkan taraf kehidupan dan ingin membantu masyarakat untuk memahami betapa pentingnya Takaful dalam kehidupan sesorang. Bukan itu sahaja, ingin menjadi seorang Perunding Kewangan Takaful yang berjaya dan jujur. In sha Allah!

Majulah bangsa dan agama untuk negara tercinta!

Ingat Takaful Ingat Syafiq Rahim!

Thursday, 14 May 2015

Panel Hospital eTiQa Takaful



List of panel hospitals for Johor


Columbia Asia Hospital Nusajaya - 07 233 9999
Hospital Penawar (Pasir Gudang) - 07 252 1800
Kempas Medical Centre - 07 236 8999
Kluang Utama Specialist Hospital - 07 771 8999
KPJ Johor Specialist Hospital - 07 225 3000
Pantai Hospital Batu Pahat - 07 433 8811
Puteri Specialist Hospital - 07 225 3222
Putra Specialist Hospital (Batu Pahat) - 07 413 3333
Regency Specialist Hospital - 07 381 7700

List of panel hospitals for Kedah

Hospital Pakar Metro - 04 423 8888
Kedah Medical Centre - 04 730 8878
Pantai Hospital Sungai Petani - 04 442 8888
Putra Medical Centre (Alor Setar) - 04 734 2888

List of panel hospitals for Kelantan


Kota Bharu Medical Centre - 09 743 3399
KPJ Perdana Specialist Hospital - 09 745 8000

List of panel hospitals for Kuala Lumpur


Columbia Asia Hospital Setapak - 03 4145 9999
Damai Service Hospital (Hq) - 03 4043 4900
Damai Service Hospital (Melawati) - 03 4108 9900
Gleneagles Kuala Lumpur - 03 4141 3000
Hospital Pakar Al-Islam - 03 2691 3008
Hospital Pusrawi - 03 2687 5000
Institut Jantung Negara - 03 2617 8200
KPJ Tawakkal Specialist Hospital - 03 4026 7777
Lourdes Medical Centre - 03 4042 5335
Pantai Hospital Ampang - 03 4289 2828
Pantai Hospital Cheras - 03 9145 2888
Pantai Hospital Kuala Lumpur - 03 2296 0888
Pusat Perubatan Naluri - 03 4143 3633
Sentosa Medical Centre - 03 4043 7166
Park City Medical Centre - 03 5639 1212
TDMC Hospital - 03 7982 6500
Tung Shin Hospital - 03 2037 2288
UKM Specialist Centre - 03 9145 6288
UM Specialist Centre - 03 7841 4000
List of panel hospitals for Melaka
Mahkota Medical Centre - 06 281 3333
Pantai Hospital Ayer Keroh - 06 231 9999
Putra Specialist Hospital (Melaka) - 06 283 5888


List of panel hospitals for Negeri Sembilan


Columbia Asia Hospital Seremban - 06 603 3988
KPJ Seremban Specialist Hospital - 06 767 7800
Mawar Medical Centre - 06 764 7048
NCI Hospital - 06 850 0999
Senawang Specialist Hospital - 06 677 1858


List of panel hospitals for Pahang


Kuantan Clinical Diagnostic Centre - 09 513 9891
Kuantan Medical Centre - 09 514 2828
Kuantan Specialist Hospital - 09 567 8588


List of panel hospitals for Perak


Apollo Medical Centre - 05 805 6000
Columbia Asia Hospital Taiping - 05 820 8888
Hospital Fatimah - 05 545 5777
KPJ Ipoh Specialist Hospital - 05 240 8777
Pantai Hospital Ipoh - 05 548 4333
Sri Manjung Specialist Centre Sdn Bhd - 05 691 8153
Taiping Medical Centre - 05 807 1049


List of panel hospitals for Pulau Pinang


Bagan Specialist Centre - 04 332 2800
Gleneagles Penang - 04 227 6111
Hospital Lam Wah Ee - 04 657 1888
KPJ Penang Specialist Hospital - 04 548 6688
Loh Guan Lye Specialists Centre - 04 238 8888
Pantai Hospital Penang - 04 643 3888
Penang Adventist Hospital - 04 222 7200


List of panel hospitals for Selangor


Assunta Hospital - 03 7680 7000
Columbia Asia Hospital Bukit Rimau - 03 5125 9999
Columbia Asia Hospital Cheras - 03 9086 9999
Columbia Asia Hospital Puchong - 03 8064 8688
Demc Specialist Hospital - 03 5515 1888
Hospital Pakar An-nur Hasanah - 03 8926 6060
Kajang Plaza Medical Centre - 03 8739 7077
Kelana Jaya Medical Centre - 03 7805 2111
KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital - 03 4270 2500
KPJ Damansara Specialist Hospital - 03 7722 2692
KPJ Kajang Specialist Hospital - 03 8769 2999
KPJ Klang Specialist Hospital - 03 3377 7888
KPJ Selangor Specialist Hospital - 03 5543 1111
KPMC Puchong Medical Centre - 03 8060 4916
Pantai Hospital Klang - 03 3374 2020
Pusat Rawatan Islam Az-zahrah - 03 8921 2525
Putra Medical Centre (Sungai Buloh) - 03 6156 4735
Salam Medical Centre - 03 5548 5161
Sentosa Specialist Hospital - 03 5162 8814
Ara Damansara Medical Centre - 03 5639 1212
Subang Jaya Medical Centre - 03 5639 1212
Sri Kota Specialist Medical Centre - 03 3373 3636
Sunway Medical Centre - 03 7491 9191
The Tun Hussein Onn National Eye Hospital - 03 7718 1488
Tropicana Medical Centre - 03 6287 1111

List of panel hospitals for Terengganu


Kuala Terengganu Specialist Hospital - 09 624 5353


List of panel hospitals for Sabah


Kota Kinabalu Specialist Hospital - 088 222 922
Rafflesia Medical Centre - 088 272 620
KPJ Sabah Specialist Hospital - 088 211 333


List of panel hospitals for Sarawak


Borneo Medical Centre - 082 507 333
Columbia Asia Hospital Bintulu - 086 251 888
Columbia Asia Hospital Miri - 085 437 755
Kuching Specialist Hospital - 082 365 777
Miri City Medical Centre - 085 426 622
Normah Medical Specialist Centre - 082 440 055
Rejang Medical Centre - 084 330 733
Sibu Specialist Medical Centre - 084 329 900
Timberland Medical Centre - 082 234 466





Thursday, 26 March 2015

Mungkin Dahulu Tidak, Tapi Sekarang YA!


Assalamualaikum...

Mungkin Dahulu Tidak, Tapi Sekarang YA!

Apa yang YA nya?

Ya Semua Orang Boleh Ambil Takaful!!!

Serendah RM50 Sebulan!

atau

RM1.60 SEHARI!!!

Manfaat Asas Sehingga RM170,000.00 !!!

Siapa yang layak??

Mereka berumur dari 19tahun-60tahun!

Macam mana dengan GST?

GST SAYA BAYAR KAN!

Daftar Sekarang!

019-5698443
Muhammad Syafiq
Agen Etiqa Takaful



#SupportCompanyMalaysia



Assalamualaikum

Tajuk kali ni "Support Company Malaysia"... hehe
Kalau bukan kita warganegara ni support company yang lahir nya di Malaysia SIAPA lagi nak support kan?

Buat apa kita melabur SETIAP BULAN untuk company luar negara?
Adakah duit pelaburan kita tu akan masuk pendapatan negara?
Jawapan nya TIDAK! 

Bukan semua akan masuk, hanya % saje akan dapat kat kerajaan kita...

Sekarang duk bising kos sara hidup makin tnggi... 
Pernah tak korang terfikir, setiap bulan korang keluarkan duit untuk bayar apa?
Beli brg dapur,makanan,pakaian,kereta,sewa rumah,utiliti... dan insurans?

Insurans pulak tu ambik dgn company luar negara...
Duit yg duk bayar setiap bulan tu menambah kan lagi aset company dorang kat luar Malaysia tu...... 

So,masa bila negara nak MAJU?

DUK SUPPORT DORANG JAA... BETUL TAK?

Fikir-fikir kan lah...

Bukan kita tak ada company yang LAHIR NYA DI MALAYSIA...

LAGI BAGUS DARI YANG LUAR TU...
buat kira2 atas A4 je...
SI tak bawak tunjuk ...

Kesimpulannya...

JOM SUPPORT COMPANY MALAYSIA!

KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI?
ANAK MALAYSIA!




Thursday, 5 March 2015

Mulakan Sekarang!



Assalamualaikum...

Mulakan hari ini! Menabunglah serendah RM5 sehari...


Tuesday, 3 March 2015

5 Tips untuk memilih Syarikat Takaful terbaik di Malaysia

Assalamualaikum. 
Orang Malaysia kini sudah semakin celik dengan sekeliling mereka, sebelum menyertai apa apa, mereka akan buat beberapa kajian terlebih dahulu. Untuk mereka yang sedang buat perbandingan.
Di sini ada 5 tips mudah untuk anda menilai syarikat takaful yang terbaik :

1. Asal Syarikat tersebut
Pentingnya asal adalah supaya kita tahu kemana sumbangan kita disalurkan. Jadi anda perlu jawab persoalan ini bahawa adakah syarikat tersebut berasal dari dalam negara? Atau luar negara? Dan secara tidak langsung akan memberi keuntungan kepada negara tersebut.

2. Sumbangan Syarikat
Apakah sumbangan yg telah diberikan oleh syarikat takaful itu? Anda boleh search di google
"sumbangan _________(nama syarikat)"

3. Kekukuhan Syarikat
Bagaimana keadaan kewangan syarikat tersebut? Biasanya kita boleh kaitkan dengan institusi kewangan di belakang syarikat itu. Contoh Etiqa + Maybank, Prudential + Bsn dll. Ini amat penting untuk mengelakkan syarikat daripada mengalami kerugian.

4. Pencapaian Syarikat.
Kaji tentang pencapaian yang telah dicapai oleh syarikat tersebut. Ini juga antara yang perlu diutamakan dari segi produk dan servis syarikat. Kita boleh tahu berapa ramai yang mempercayai syarikat tersebut.

5. Produk yang ditawarkan
Kajian yang sebenar pada ilustrasi yang dibuat, bukannya pada cerita di atas kertas kosong. Ada yang murah ada yang mahal, tetapi perlu diingat, produk yang murah dengan coverage yang tinggi mengundang kerugian. Jadi berhati-hati dalam pemilihan.

Sila jalankan research anda. Terima Kasih



Kos Perubatan kini Meningkat ?

Sedarkah anda bahawa kos perubatan semakin meningkat ? Kajian dari seluruh sumber mengatakan bahawa kos perubatan di Malaysia sentiasa meningkat 10% hingga 15% setiap TAHUN! 


APA???? SETIAP TAHUN???


Contah mudah, bayangkan sekarang kos perubatan untuk penyakit jantung lebih kurang dalam RM 50,000... apa pula akan terjadi pada kos tersebut 10 tahun akan datang? Persoalannya mampukah kita yang berpendapatan sederhana menampung perbelanjaan tersebut?

Dan lebih teruk lagi kita terpaksa menggunakan wang simpanan yang sekian lama disimpan untuk tujuan lain, seperti nak beli kereta, nak kahwin, nak beli motor superbike , nak bayar hutang kawan dan sebagainya...

Adakah anda akan tunggu 10tahun lagi?? Baru nak ambil MEDICAL CARD?


Mungkin masa itu anda sudah tidak layak lagi memiliki MEDICAL CARD!

JOM BERTINDAK SEKARANG!

HUBUNGI SAYA UTK MAKLUMAT LANJUT...
019-5698443 (syafiq)




http://www.sinarharian.com.my/kos-perubatan-negara-meningkat-10-peratus-1.200644

Wednesday, 18 February 2015

15 Sebab Pilih Etiqa Takaful !

Ape faedah kalau memiliki polisi Takaful berbanding Insuran Konvensional?

  1. Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan Waktu Istimewa
    • Pelan berasaskan simpanan, pelaburan dan perlindungan berasaskan umur, jantina dan tempoh matang.
    • Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, manafaat dibayar ikut jumlah perlindungan.
    • Jika tiada musibah sehingga tempoh matang, akaun terkumpul dan keuntungan dari simpanan terkumpul akan dipulangkan kepada peserta.
  2. Perlindungan Masa Depan Keluarga
    • Menawarkan pakej perlindungan untuk individu dan keluarga, ibu, bapa dan anak-anak
  3. Tabung Pendidikan Anak-Anak
    • Pakej perancangan untuk anak-anak anda bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi
    • Bermula dari umur 14 hari anak2 anda akan dilindungi bukan sahaja jika ditimpa musibah tetapi tabungan untuk mereja jugak terjamin.
  4. Haji dan Umrah
    • Manafaat dari tabungan memberikan peluang untuk anda menunaikan Haji dan Umrah 
    • Manfaat Kematian, Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal, Manfaat Badal Haji, Manfaar Ihsar
    • Elaun Haji & Umrah, Penjagaan Anak
  5. Elaun Hospital
    • Sekiranya mendapat rawatan di hospital melebihi 6 jam, anda layak memohon untuk mendapatkan elaun harian hospital berdasarkan hari setelah keluar dari hospital.
  6. Perlindungan penyakit kritikal
    • Etiqa Takaful akan melindungi dan membantu dari sego kos rawatan penyakit kritikal seperti barah payu dara setelah mendapat pengesahan doktor dalam tempoh masa 6 bulan.
  7. Bebas Gharar, Maisir dan Riba
    • Operasi takaful dipantau sepenuhnya oleh Majlis Pengawasan Syariah yang dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Harussani Zakaria dan JAKIM
  8. Halal Dari Segi Syarak
    • Halal dan tidak mengandungi unsur Gharar, Maisir arau Riba
  9. Bijak di Dunia, Selamat di Akhirat
    • Jika anda memiliki polisi insuran konvensional anda sememangnya bidak.. tetapi jika anda memiliki polisi takaful anda bukan sahaja bijak tetapi selamat di akhirat, kerana takaful memenuhi tuntutan bermuamalat berlandaskan hukum syarak
  10. Bersih Zakat
    • Melalui premium yang dibayar setiap bukan, harta anda dibersihkan melalui tabungan takaful
  11. Pelepasan Cukai Pendapatan
    • Anda layak mendapat pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada persetujuan LHDN
    • Penyata bayaran tahunan akan dikeluarkan oleh pihak Etiqa Takaful untuk dikepilkan bersama borang LHDN. 
  12. Menikmati Perkongsian keuntungan (Mudharabah)
  13. Amal Jariah (Tabbaru')
  14. Perlindungan 24 Jam (Dalam Atau Luar Negara)
  15. Mendapat Keredhaan, Dunia dan Akhirat

Tuesday, 17 February 2015

Konsep Takaful Macam Mana?

Bahasa mudahnya: ~~~~
  • Bila kita sertai takaful keluarga, kita akan carum sejumlah wang ke dalam dana takaful. Anda akan memeterai perjanjian (aqad) bagi sebahagian daripada caruman anda sebagai caruman penyertaan (tabarru’) (DERMA BERTUJUAN) dan sebahagian lagi sebagai simpanan dan pelaburan.
  • Caruman dalam bentuk tabarru’ akan dimasukkan ke dalam sebuah dana (Akaun Khas Peserta atau AKP) yang akan digunakan untuk saling membantu sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal. Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang pelan tersebut, anda layak untuk berkongsi lebihan bersih daripada dana itu, jika ada.
  • Pengendali takaful akan melaburkan caruman simpanan dan pelaburan anda (Akaun Peserta atau AP) dan keuntungan akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.

Penjelasan Lebih Mendalam ~~

Konsep Takaful mengambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta.

1. Al-Qasamah
Memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam qisas. Menurut jumhur ulama', apabila berlaku satu pembunuhan tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak lima puluh orang. Jika tidak terdapat lima pulah orang, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya, iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan.

2. Aqilah
Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin.

3. Tabarru
'Tabarru' bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful, semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.Di dalam industri Takaful, At-Tabarru' yang diperkenalkan ialah Tabarru' (derma) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali menetapkan kadar Tabarru' demi memastikan tabung Tabarru' yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepda semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung-melindungi.Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

4. Al-Wakalah
Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakili.Al -Wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil utuk menegur dan menjaga sesuatu perkara.Dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik Wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya.Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai ejen kepada peserta , tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful.

5. Mudharabah
Mudharabah (Amanah Berkongsi Keuntungan) Bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk bertujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan dan pembahagian keuntungan.Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagihkan antara peserta dengan pengendali Takaful.



Kenapa Perlu Menabung Dengan Takaful

Apa yang saya maksudkan sebagai 'pilihan kedua' ialah kebanyakan masyarakat kita terutamanya orang Melayu berpendapat bahawa perlindungan takaful itu bukan satu perkara yang wajib mereka ambil. Dengan kata lain mereka tidak merasakan bahawa perlindungan takaful itu merupakan satu keutamaan/priority kepada mereka dan keluarga. 
Kalau kita tanya adakah perlindungan itu penting--100% akan mengatakan bahawa perlindungan itu memang penting! Tetapi bila kita tanya bilakah anda mahu menyertai takaful--mereka menjawab "beri saya masa untuk berfikir dahulu...". Oleh itu...berfikirlah selagi anda mempunyai masa untuk berfikir.
Kalaulah semua orang merasakan bahawa perlindungan itu sesuatu yang 'wajib' maka sudah tentu akan tiada lagi wakil-wakil takaful atau agen insuran kerana orang ramai dengan sendirinya berduyung-duyung akan datang ke syarikat takaful atau insuran untuk mendapatkan perlindungan yang terbaik untuk mereka.
Tetapi sayang sekali, keadaanya bukan begitu. Apa sahaja pilihan anda...itu adalah hak mutlak anda! dan tiada siapa yang boleh memaksa anda. Tugas kami sebagai wakil takaful hanyalah menceritakan tentang kebaikan perlindungan takaful kepada anda, pasangan anda dan anak-anak anda.
Oleh kerana tugas kami hanyalah menceritakan tentang kebaikan takaful, maka di bawah ini diberikan sedikit sebanyak tentang kebaikan takaful kepada anda dan keluarga: -
1. Melindungi Pendapatan Diri/Keluarga
Dengan menyertai takaful, kita sebenarnya telah melindungi pendapatan kita/keluarga. Pendapatan yang kita kecapi sekarang ini boleh hilang sekelip mata/pada bila-bila masa; misalnya jika kita hilang upaya, maka majikan terpaksa memberhentikan kita, atau kalau kita bekerja sendiri---bila hilang upaya bagaimana kita hendak mencari pendapatan! 
 
Sekiranya kita merupakan Pencari Nafkah utama kepada keluarga, maka kehilangan pendapatan itu akan memberikan kesan yang sangat hebat kepada keluarga. Melalui skim takaful, kami boleh membuat pengiraan---bagaimanakah cara untuk mengantikan pendapatan yang hilang sekiranya sesuatu musibah buruk terjadi kepada kita. 
 
Dengan skim yang betul, pendapatan yang hilang itu boleh ‘digantikan’ dan kehidupan diri/keluarga tidak terjejas. 
 
Contoh:
Peserta berumur 30 tahun, pendapatan bulanan RM3,000.  Menabung 10% daripada pendapatan (RM300 sebulan) dengan Etiqa Takaful - Maka; sekiranya apa-apa terjadi (meninggal/hilang upaya) kepada peserta, beliau/keluarganya akan mendapat ‘pampasan’ sebanyak RM360,000. - Ianya bersamaan dengan 120 bulan gaji @ 10 tahun Gaji ! 
 
Hebat kan?---inilah yang dikatakan ‘Melindungi Pendapatan Diri/Keluarga. Sekiranya anda merasakan ada lagi instrumen lain yang lebih baik untuk perlindungan pendapatan keluarga selain konsep perlindungan takaful/insuran, silakan beritahu kami supaya kami boleh belajar daripada anda pula.
 
2. Menyimpan secara tetap
Mengikut kajian, tidak ramai yang menyimpan secara tetap setiap bulan (kecuali simpanan yang dibuat melalui potongan gaji) sedangkan kita tahu bahawa menyimpan secara tetap setiap bulan itu sangat penting.
 
Oleh kerana kebanyakan kita kurang berdisiplin dalam menyimpan, maka dengan menyertai takaful ini, seolah-olah kita telah membuat ‘simpanan paksaan’ (force saving) Pakar-pakar pengurusan kewangan menyatakan, setiap orang sepatutnya mempunyai simpanan sekurang-kurangnya bersamaan dengan 6 bulan gaji.
Dana tersebut tidak boleh digunakan sembarangan, kecuali untuk tujuan kecemasan atau keadaan luar jangka sahaja. Ianya umpama pelampung penyelamat di atas kapal---hanya digunakan ketika kecemasan sahaja! Selain melindungi pendapatan, skim ini juga ada elemen simpanan.
 
Sepertimana simpanan di bank, ianya boleh dikeluarkan. Walaubagaimanapun, saya secara peribadi tidak menggalakan untuk mengeluarkan simpanan tersebut kecuali bagi tujuan yang penting sahaja seperti pendidikan tinggi anak-anak, membeli rumah, dan seumpamanya.

Contoh: - - Peserta menabung dengan Etiqa Takaful sebanyak RM300 sebulan, selama 25 tahun -
Pada umur peserta 55 tahun, beliau mempunyai simpanan sebanyak RM94,104. Jumlah sebenar sebenar yang beliau menabung ialah RM90,000 (RM300 X 12bulan X 25tahun)  Bermakna peserta tersebutmendapat lebih daripada apa yang beliau bayar ! - …jangan lupa…peserta juga dalam masa yang sama mempunyai Perlindungan bernilai sebanyak RM360,000 !!!
3. Mencipta Aset Segera
Contoh:
Peserta menyimpan di bank secara tetap sebanyak RM300 sebulan secara tetap dengan kadar keuntungan 4% setahun….. Untuk menjadi RM360,000 ianya memerlukan masa selama 484 bulan @ 40 tahun ! 


Bandingkan:- peserta menyimpan di Etiqa Takaful dengan jumlah yang sama (RM300 sebulan) juga… Dana sebanyak RM360,000 telah tercipta serta-merta ! (walaupun peserta mungkin hanya baru menyumbang pada 2 bulan pertama)
Sungguh HEBAT !!---ini bukan omong kosong---ia adalahKONTRAK/SIJIL yang tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah
***Semua contoh-contoh di atas berdasarkan kepada: 

1. Pada tarikh permohonan, peserta berumur 30 tahun 

2. Polisi matang pada umur 55tahun 

3. Kadar mudharabah sebanyak 5.5% setahun (kadar yang munasabah & biasa dicapai)
 
         4. Dana Kos Perubatan 
Kos perubatan semamangnya sangat mahal dan selalunya terus meningkat tahun demi tahun.
  • Kadar penyakit kronik telah meningkat tahun demi tahun
  • Ramai rakyat Malaysia gemuk (obes)---obesiti menyumbang kepada banyak penyakit
  • Ramai pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan kerana kekurangan tempat
  • 50,000 kes strok setahun (138 kes sehari !) 
Sekiranya kita memerlukan kos perubatan yang besar, apakah pilihan kita:
  1. Menggunakan simpanan yang ada---itu pun kalau cukup
  2. Menggunakan Kad Kredit---selepas itu dibebankan dengan hutang
  3. Meminta sumbangan saudara-mara/masyarakat---kalau dapat
  4. Menggunakan Kad Perubatan Sendiri---PASTI DAPAT
Jadi, apakah pilihan anda?
5. Melindungi Harta
Sebenarnya banyak harta benda yang kita guna sekarang ini bukanya milik kita 100%; misalnya kita mempunyai sebuah kereta yang masih belum habis bayar kepada bank. Kereta itu hanya akan menjadi milik kita hanya apabila kita membayar kesemua hutang dengan bank.  Kalau tak percaya sila lihat geran kereta anda...lihat kepada ayat 'HAK MILIK DITUNTUT OLEH'. Walaupun kereta itu didaftarkan atas nama kita tetapi kita bukanlah pemilik sebenar kereta tersebut sehinggalah kita telah menjelaskan kesemua pinjaman bank.
Misal kata, kita hilang upaya dan tidak dapat membayar hutang kereta---setelah 3 bulan, pihak bank/finance akan menarik balik kereta tersebut ! Katakan, itulah satu-satunya kereta kita---maka kehilangan kereta tersebut akan memberikan banyak kesusahan kepada dan keluarga.
Tetapi, kalau kita mempunyai perlindungan takaful & apabila kita ditakhdirkan hilang upaya misalnya, wang pampasan tadi boleh digunakan untuk menyelesaikan mana-mana hutang supaya harta-benda kita tadi tidak ditarik oleh pihak pemberi pinjaman dan keluarga kita tetap boleh menggunakannya.
 
6. Ketenangan Fikiran/Elak Kerisauan
Sekiranya kita telah membuat segala perancangan dengan betul, maka kita tidak perlu risau lagi. Sekiranya apa-apa terjadi kepada kita, sekurang-kurangnya kita atau ahli keluarga kita masih boleh meneruskan hidup dengan selesa tanpa banyak masalah.
Kita tidak boleh mengharapkan saudara-mara atau orang lain untuk membantu kita atau keluarga kita. Sekiranya anda masih berangapan bahawa akan ada orang yang akan menolong anda dan keluarga--sila senaraikan 3 nama yang anda yakin 100% akan menolong anda dan keluarga sekiranya suatu musibah buruk terjadi.
 
Dengan adanya perlindungan takaful sekurang-kurangnya kita boleh menarik nafas lega dan mendapat ketenangan kerana ianya suatu kontrak---apa yang dikata mesti dikota!. Ianya bukan hanya janji manis di bibir saja. Katakan jumlah perlindungan kita RM360,000---apa-apa jadi kepada kita---kita/keluarga kita MESTI DAPATRM360,000 !
 
7. Alat Kewangan Yang Paling Baik di Dunia 
Tanyalah kepada pakar-pakar kewangan mana pun---mereka semua akan mengatakan bahawa konsep perlindungan ini (insurans/takaful) adalah suatu konsep yang paling baik dan paling berkesan untuk melindungi diri, keluarga, asset, dan sebagainya.
Atau anda boleh fikir sendiri--carilah--alat kewangan manakah lagi yang dapat memberikan perlindungan yang sebegini hebat selain daripada konsep perlindungan takaful/insuran? Oleh kerana takaful memenuhi kehendak syariah, maka orang Islam boleh memilih takaful.
 
Rumusan
Sekarang kita telah mempunyai pilihan dan sudah tentu pilihan adalah hak mutlak anda. Maka buatlah pilihan yang terbaik bagi anda dan keluarga anda.
 
1. Pilihan pertama - Anda tidak mahu/mahu memikirkan dulu
Itu hak anda, terpulanglah. Anda mungkin merasakan perlindungan tidak perlu kepada anda buat masa ini. Ya, memang--perlindungan memang tidak perlu semasa kita masih sihat--ianya hanya perlu semasa kita sakit. Tapi sayang--tiada satu pun pihak syarikat insuran atau takaful yang akan menerima permohonan kita apabila kita telah sakit. Permohonan hanya akan diterima sekiranya kita sihat sahaja.
 
2. Pilihan Kedua - Anda memilih untuk mengambil polisi perlindungan takaful
Kami akan datang berjumpa dengan anda untuk mengetahui apakah bentuk perlindungan yang diinginkan oleh anda kerana setiap orang adalah berbeza, oleh itu bentuk perlindungan juga berbeza. Seterusnya kami akan membuat pelan yang sesuai dengan hasrat anda tersebut.
 
Kalau dulu, ramai orang Islam tidak mengambil perlindungan Insurans kerana ianya bertentangan dengan syariah, tetapi sekarang pilihan telah ada---syarikat takaful merupakan sistem perlindungan yang dibenarkan oleh syarak dan ianya berkonsepkan saling jamin-menjamin dan tolong menolong sesama ahli.

Monday, 16 February 2015

APA ITU TAKAFUL?

Makna Takaful

Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.

Bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapa pun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".

Tujuan Takaful


Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiaruntuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta memperolehi manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.

Menjaga kebajikan sosial
Mewujudkan keharmonian sosial

Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana, "The fortune many compensate the unfortunate few".

Ciri - Ciri Takaful

1. Tiada unsur riba'
2. Tiada unsur gharar (ketidakpastian)
3. Tiada unsur maisir (judi)
4. Ada tabarru' (derma ikhlas)
5. Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan)
6. Akad yang dipersetujui.

Konsep Tabarru'

Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. 
Takaful Ikhlas berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.

Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri
Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jual beli seperti insurans.

Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.

Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar.

Melalui tabaru'risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.

Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Takaful Ikhlas bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.

Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')

Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.

Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans. 

Konsep Al Mudharabah

Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat.

Mudharabah bermaksud perkongsian keuntungan

Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan di dalam perjanjian/borang. 
Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat.

Mudharabah berbeza dari musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat.

Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga
Mudharabah dibenarkan oleh agama
Dalam mudharabah - nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan - bergantung kepada keuntungan.

Pembahagian secara mudharabah lebih adil.

Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat.

Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta.

Takaful - Perlindungan & Pelaburan yang berasaskan Hukum Syariah