Tuesday, 3 March 2015

5 Tips untuk memilih Syarikat Takaful terbaik di Malaysia

Assalamualaikum. 
Orang Malaysia kini sudah semakin celik dengan sekeliling mereka, sebelum menyertai apa apa, mereka akan buat beberapa kajian terlebih dahulu. Untuk mereka yang sedang buat perbandingan.
Di sini ada 5 tips mudah untuk anda menilai syarikat takaful yang terbaik :

1. Asal Syarikat tersebut
Pentingnya asal adalah supaya kita tahu kemana sumbangan kita disalurkan. Jadi anda perlu jawab persoalan ini bahawa adakah syarikat tersebut berasal dari dalam negara? Atau luar negara? Dan secara tidak langsung akan memberi keuntungan kepada negara tersebut.

2. Sumbangan Syarikat
Apakah sumbangan yg telah diberikan oleh syarikat takaful itu? Anda boleh search di google
"sumbangan _________(nama syarikat)"

3. Kekukuhan Syarikat
Bagaimana keadaan kewangan syarikat tersebut? Biasanya kita boleh kaitkan dengan institusi kewangan di belakang syarikat itu. Contoh Etiqa + Maybank, Prudential + Bsn dll. Ini amat penting untuk mengelakkan syarikat daripada mengalami kerugian.

4. Pencapaian Syarikat.
Kaji tentang pencapaian yang telah dicapai oleh syarikat tersebut. Ini juga antara yang perlu diutamakan dari segi produk dan servis syarikat. Kita boleh tahu berapa ramai yang mempercayai syarikat tersebut.

5. Produk yang ditawarkan
Kajian yang sebenar pada ilustrasi yang dibuat, bukannya pada cerita di atas kertas kosong. Ada yang murah ada yang mahal, tetapi perlu diingat, produk yang murah dengan coverage yang tinggi mengundang kerugian. Jadi berhati-hati dalam pemilihan.

Sila jalankan research anda. Terima Kasih



No comments:

Post a Comment