Wednesday, 18 February 2015

15 Sebab Pilih Etiqa Takaful !

Ape faedah kalau memiliki polisi Takaful berbanding Insuran Konvensional?

  1. Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan Waktu Istimewa
    • Pelan berasaskan simpanan, pelaburan dan perlindungan berasaskan umur, jantina dan tempoh matang.
    • Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, manafaat dibayar ikut jumlah perlindungan.
    • Jika tiada musibah sehingga tempoh matang, akaun terkumpul dan keuntungan dari simpanan terkumpul akan dipulangkan kepada peserta.
  2. Perlindungan Masa Depan Keluarga
    • Menawarkan pakej perlindungan untuk individu dan keluarga, ibu, bapa dan anak-anak
  3. Tabung Pendidikan Anak-Anak
    • Pakej perancangan untuk anak-anak anda bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi
    • Bermula dari umur 14 hari anak2 anda akan dilindungi bukan sahaja jika ditimpa musibah tetapi tabungan untuk mereja jugak terjamin.
  4. Haji dan Umrah
    • Manafaat dari tabungan memberikan peluang untuk anda menunaikan Haji dan Umrah 
    • Manfaat Kematian, Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal, Manfaat Badal Haji, Manfaar Ihsar
    • Elaun Haji & Umrah, Penjagaan Anak
  5. Elaun Hospital
    • Sekiranya mendapat rawatan di hospital melebihi 6 jam, anda layak memohon untuk mendapatkan elaun harian hospital berdasarkan hari setelah keluar dari hospital.
  6. Perlindungan penyakit kritikal
    • Etiqa Takaful akan melindungi dan membantu dari sego kos rawatan penyakit kritikal seperti barah payu dara setelah mendapat pengesahan doktor dalam tempoh masa 6 bulan.
  7. Bebas Gharar, Maisir dan Riba
    • Operasi takaful dipantau sepenuhnya oleh Majlis Pengawasan Syariah yang dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Harussani Zakaria dan JAKIM
  8. Halal Dari Segi Syarak
    • Halal dan tidak mengandungi unsur Gharar, Maisir arau Riba
  9. Bijak di Dunia, Selamat di Akhirat
    • Jika anda memiliki polisi insuran konvensional anda sememangnya bidak.. tetapi jika anda memiliki polisi takaful anda bukan sahaja bijak tetapi selamat di akhirat, kerana takaful memenuhi tuntutan bermuamalat berlandaskan hukum syarak
  10. Bersih Zakat
    • Melalui premium yang dibayar setiap bukan, harta anda dibersihkan melalui tabungan takaful
  11. Pelepasan Cukai Pendapatan
    • Anda layak mendapat pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada persetujuan LHDN
    • Penyata bayaran tahunan akan dikeluarkan oleh pihak Etiqa Takaful untuk dikepilkan bersama borang LHDN. 
  12. Menikmati Perkongsian keuntungan (Mudharabah)
  13. Amal Jariah (Tabbaru')
  14. Perlindungan 24 Jam (Dalam Atau Luar Negara)
  15. Mendapat Keredhaan, Dunia dan Akhirat

Tuesday, 17 February 2015

Konsep Takaful Macam Mana?

Bahasa mudahnya: ~~~~
  • Bila kita sertai takaful keluarga, kita akan carum sejumlah wang ke dalam dana takaful. Anda akan memeterai perjanjian (aqad) bagi sebahagian daripada caruman anda sebagai caruman penyertaan (tabarru’) (DERMA BERTUJUAN) dan sebahagian lagi sebagai simpanan dan pelaburan.
  • Caruman dalam bentuk tabarru’ akan dimasukkan ke dalam sebuah dana (Akaun Khas Peserta atau AKP) yang akan digunakan untuk saling membantu sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal. Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang pelan tersebut, anda layak untuk berkongsi lebihan bersih daripada dana itu, jika ada.
  • Pengendali takaful akan melaburkan caruman simpanan dan pelaburan anda (Akaun Peserta atau AP) dan keuntungan akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.

Penjelasan Lebih Mendalam ~~

Konsep Takaful mengambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta.

1. Al-Qasamah
Memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam qisas. Menurut jumhur ulama', apabila berlaku satu pembunuhan tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak lima puluh orang. Jika tidak terdapat lima pulah orang, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya, iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan.

2. Aqilah
Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin.

3. Tabarru
'Tabarru' bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful, semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.Di dalam industri Takaful, At-Tabarru' yang diperkenalkan ialah Tabarru' (derma) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali menetapkan kadar Tabarru' demi memastikan tabung Tabarru' yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepda semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung-melindungi.Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

4. Al-Wakalah
Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakili.Al -Wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil utuk menegur dan menjaga sesuatu perkara.Dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik Wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya.Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai ejen kepada peserta , tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful.

5. Mudharabah
Mudharabah (Amanah Berkongsi Keuntungan) Bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk bertujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan dan pembahagian keuntungan.Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagihkan antara peserta dengan pengendali Takaful.



Kenapa Perlu Menabung Dengan Takaful

Apa yang saya maksudkan sebagai 'pilihan kedua' ialah kebanyakan masyarakat kita terutamanya orang Melayu berpendapat bahawa perlindungan takaful itu bukan satu perkara yang wajib mereka ambil. Dengan kata lain mereka tidak merasakan bahawa perlindungan takaful itu merupakan satu keutamaan/priority kepada mereka dan keluarga. 
Kalau kita tanya adakah perlindungan itu penting--100% akan mengatakan bahawa perlindungan itu memang penting! Tetapi bila kita tanya bilakah anda mahu menyertai takaful--mereka menjawab "beri saya masa untuk berfikir dahulu...". Oleh itu...berfikirlah selagi anda mempunyai masa untuk berfikir.
Kalaulah semua orang merasakan bahawa perlindungan itu sesuatu yang 'wajib' maka sudah tentu akan tiada lagi wakil-wakil takaful atau agen insuran kerana orang ramai dengan sendirinya berduyung-duyung akan datang ke syarikat takaful atau insuran untuk mendapatkan perlindungan yang terbaik untuk mereka.
Tetapi sayang sekali, keadaanya bukan begitu. Apa sahaja pilihan anda...itu adalah hak mutlak anda! dan tiada siapa yang boleh memaksa anda. Tugas kami sebagai wakil takaful hanyalah menceritakan tentang kebaikan perlindungan takaful kepada anda, pasangan anda dan anak-anak anda.
Oleh kerana tugas kami hanyalah menceritakan tentang kebaikan takaful, maka di bawah ini diberikan sedikit sebanyak tentang kebaikan takaful kepada anda dan keluarga: -
1. Melindungi Pendapatan Diri/Keluarga
Dengan menyertai takaful, kita sebenarnya telah melindungi pendapatan kita/keluarga. Pendapatan yang kita kecapi sekarang ini boleh hilang sekelip mata/pada bila-bila masa; misalnya jika kita hilang upaya, maka majikan terpaksa memberhentikan kita, atau kalau kita bekerja sendiri---bila hilang upaya bagaimana kita hendak mencari pendapatan! 
 
Sekiranya kita merupakan Pencari Nafkah utama kepada keluarga, maka kehilangan pendapatan itu akan memberikan kesan yang sangat hebat kepada keluarga. Melalui skim takaful, kami boleh membuat pengiraan---bagaimanakah cara untuk mengantikan pendapatan yang hilang sekiranya sesuatu musibah buruk terjadi kepada kita. 
 
Dengan skim yang betul, pendapatan yang hilang itu boleh ‘digantikan’ dan kehidupan diri/keluarga tidak terjejas. 
 
Contoh:
Peserta berumur 30 tahun, pendapatan bulanan RM3,000.  Menabung 10% daripada pendapatan (RM300 sebulan) dengan Etiqa Takaful - Maka; sekiranya apa-apa terjadi (meninggal/hilang upaya) kepada peserta, beliau/keluarganya akan mendapat ‘pampasan’ sebanyak RM360,000. - Ianya bersamaan dengan 120 bulan gaji @ 10 tahun Gaji ! 
 
Hebat kan?---inilah yang dikatakan ‘Melindungi Pendapatan Diri/Keluarga. Sekiranya anda merasakan ada lagi instrumen lain yang lebih baik untuk perlindungan pendapatan keluarga selain konsep perlindungan takaful/insuran, silakan beritahu kami supaya kami boleh belajar daripada anda pula.
 
2. Menyimpan secara tetap
Mengikut kajian, tidak ramai yang menyimpan secara tetap setiap bulan (kecuali simpanan yang dibuat melalui potongan gaji) sedangkan kita tahu bahawa menyimpan secara tetap setiap bulan itu sangat penting.
 
Oleh kerana kebanyakan kita kurang berdisiplin dalam menyimpan, maka dengan menyertai takaful ini, seolah-olah kita telah membuat ‘simpanan paksaan’ (force saving) Pakar-pakar pengurusan kewangan menyatakan, setiap orang sepatutnya mempunyai simpanan sekurang-kurangnya bersamaan dengan 6 bulan gaji.
Dana tersebut tidak boleh digunakan sembarangan, kecuali untuk tujuan kecemasan atau keadaan luar jangka sahaja. Ianya umpama pelampung penyelamat di atas kapal---hanya digunakan ketika kecemasan sahaja! Selain melindungi pendapatan, skim ini juga ada elemen simpanan.
 
Sepertimana simpanan di bank, ianya boleh dikeluarkan. Walaubagaimanapun, saya secara peribadi tidak menggalakan untuk mengeluarkan simpanan tersebut kecuali bagi tujuan yang penting sahaja seperti pendidikan tinggi anak-anak, membeli rumah, dan seumpamanya.

Contoh: - - Peserta menabung dengan Etiqa Takaful sebanyak RM300 sebulan, selama 25 tahun -
Pada umur peserta 55 tahun, beliau mempunyai simpanan sebanyak RM94,104. Jumlah sebenar sebenar yang beliau menabung ialah RM90,000 (RM300 X 12bulan X 25tahun)  Bermakna peserta tersebutmendapat lebih daripada apa yang beliau bayar ! - …jangan lupa…peserta juga dalam masa yang sama mempunyai Perlindungan bernilai sebanyak RM360,000 !!!
3. Mencipta Aset Segera
Contoh:
Peserta menyimpan di bank secara tetap sebanyak RM300 sebulan secara tetap dengan kadar keuntungan 4% setahun….. Untuk menjadi RM360,000 ianya memerlukan masa selama 484 bulan @ 40 tahun ! 


Bandingkan:- peserta menyimpan di Etiqa Takaful dengan jumlah yang sama (RM300 sebulan) juga… Dana sebanyak RM360,000 telah tercipta serta-merta ! (walaupun peserta mungkin hanya baru menyumbang pada 2 bulan pertama)
Sungguh HEBAT !!---ini bukan omong kosong---ia adalahKONTRAK/SIJIL yang tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah
***Semua contoh-contoh di atas berdasarkan kepada: 

1. Pada tarikh permohonan, peserta berumur 30 tahun 

2. Polisi matang pada umur 55tahun 

3. Kadar mudharabah sebanyak 5.5% setahun (kadar yang munasabah & biasa dicapai)
 
         4. Dana Kos Perubatan 
Kos perubatan semamangnya sangat mahal dan selalunya terus meningkat tahun demi tahun.
  • Kadar penyakit kronik telah meningkat tahun demi tahun
  • Ramai rakyat Malaysia gemuk (obes)---obesiti menyumbang kepada banyak penyakit
  • Ramai pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan kerana kekurangan tempat
  • 50,000 kes strok setahun (138 kes sehari !) 
Sekiranya kita memerlukan kos perubatan yang besar, apakah pilihan kita:
  1. Menggunakan simpanan yang ada---itu pun kalau cukup
  2. Menggunakan Kad Kredit---selepas itu dibebankan dengan hutang
  3. Meminta sumbangan saudara-mara/masyarakat---kalau dapat
  4. Menggunakan Kad Perubatan Sendiri---PASTI DAPAT
Jadi, apakah pilihan anda?
5. Melindungi Harta
Sebenarnya banyak harta benda yang kita guna sekarang ini bukanya milik kita 100%; misalnya kita mempunyai sebuah kereta yang masih belum habis bayar kepada bank. Kereta itu hanya akan menjadi milik kita hanya apabila kita membayar kesemua hutang dengan bank.  Kalau tak percaya sila lihat geran kereta anda...lihat kepada ayat 'HAK MILIK DITUNTUT OLEH'. Walaupun kereta itu didaftarkan atas nama kita tetapi kita bukanlah pemilik sebenar kereta tersebut sehinggalah kita telah menjelaskan kesemua pinjaman bank.
Misal kata, kita hilang upaya dan tidak dapat membayar hutang kereta---setelah 3 bulan, pihak bank/finance akan menarik balik kereta tersebut ! Katakan, itulah satu-satunya kereta kita---maka kehilangan kereta tersebut akan memberikan banyak kesusahan kepada dan keluarga.
Tetapi, kalau kita mempunyai perlindungan takaful & apabila kita ditakhdirkan hilang upaya misalnya, wang pampasan tadi boleh digunakan untuk menyelesaikan mana-mana hutang supaya harta-benda kita tadi tidak ditarik oleh pihak pemberi pinjaman dan keluarga kita tetap boleh menggunakannya.
 
6. Ketenangan Fikiran/Elak Kerisauan
Sekiranya kita telah membuat segala perancangan dengan betul, maka kita tidak perlu risau lagi. Sekiranya apa-apa terjadi kepada kita, sekurang-kurangnya kita atau ahli keluarga kita masih boleh meneruskan hidup dengan selesa tanpa banyak masalah.
Kita tidak boleh mengharapkan saudara-mara atau orang lain untuk membantu kita atau keluarga kita. Sekiranya anda masih berangapan bahawa akan ada orang yang akan menolong anda dan keluarga--sila senaraikan 3 nama yang anda yakin 100% akan menolong anda dan keluarga sekiranya suatu musibah buruk terjadi.
 
Dengan adanya perlindungan takaful sekurang-kurangnya kita boleh menarik nafas lega dan mendapat ketenangan kerana ianya suatu kontrak---apa yang dikata mesti dikota!. Ianya bukan hanya janji manis di bibir saja. Katakan jumlah perlindungan kita RM360,000---apa-apa jadi kepada kita---kita/keluarga kita MESTI DAPATRM360,000 !
 
7. Alat Kewangan Yang Paling Baik di Dunia 
Tanyalah kepada pakar-pakar kewangan mana pun---mereka semua akan mengatakan bahawa konsep perlindungan ini (insurans/takaful) adalah suatu konsep yang paling baik dan paling berkesan untuk melindungi diri, keluarga, asset, dan sebagainya.
Atau anda boleh fikir sendiri--carilah--alat kewangan manakah lagi yang dapat memberikan perlindungan yang sebegini hebat selain daripada konsep perlindungan takaful/insuran? Oleh kerana takaful memenuhi kehendak syariah, maka orang Islam boleh memilih takaful.
 
Rumusan
Sekarang kita telah mempunyai pilihan dan sudah tentu pilihan adalah hak mutlak anda. Maka buatlah pilihan yang terbaik bagi anda dan keluarga anda.
 
1. Pilihan pertama - Anda tidak mahu/mahu memikirkan dulu
Itu hak anda, terpulanglah. Anda mungkin merasakan perlindungan tidak perlu kepada anda buat masa ini. Ya, memang--perlindungan memang tidak perlu semasa kita masih sihat--ianya hanya perlu semasa kita sakit. Tapi sayang--tiada satu pun pihak syarikat insuran atau takaful yang akan menerima permohonan kita apabila kita telah sakit. Permohonan hanya akan diterima sekiranya kita sihat sahaja.
 
2. Pilihan Kedua - Anda memilih untuk mengambil polisi perlindungan takaful
Kami akan datang berjumpa dengan anda untuk mengetahui apakah bentuk perlindungan yang diinginkan oleh anda kerana setiap orang adalah berbeza, oleh itu bentuk perlindungan juga berbeza. Seterusnya kami akan membuat pelan yang sesuai dengan hasrat anda tersebut.
 
Kalau dulu, ramai orang Islam tidak mengambil perlindungan Insurans kerana ianya bertentangan dengan syariah, tetapi sekarang pilihan telah ada---syarikat takaful merupakan sistem perlindungan yang dibenarkan oleh syarak dan ianya berkonsepkan saling jamin-menjamin dan tolong menolong sesama ahli.

Monday, 16 February 2015

APA ITU TAKAFUL?

Makna Takaful

Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.

Bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapa pun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".

Tujuan Takaful


Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiaruntuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta memperolehi manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.

Menjaga kebajikan sosial
Mewujudkan keharmonian sosial

Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana, "The fortune many compensate the unfortunate few".

Ciri - Ciri Takaful

1. Tiada unsur riba'
2. Tiada unsur gharar (ketidakpastian)
3. Tiada unsur maisir (judi)
4. Ada tabarru' (derma ikhlas)
5. Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan)
6. Akad yang dipersetujui.

Konsep Tabarru'

Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. 
Takaful Ikhlas berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.

Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri
Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jual beli seperti insurans.

Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.

Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar.

Melalui tabaru'risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.

Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Takaful Ikhlas bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.

Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')

Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.

Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans. 

Konsep Al Mudharabah

Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat.

Mudharabah bermaksud perkongsian keuntungan

Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan di dalam perjanjian/borang. 
Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat.

Mudharabah berbeza dari musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat.

Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga
Mudharabah dibenarkan oleh agama
Dalam mudharabah - nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan - bergantung kepada keuntungan.

Pembahagian secara mudharabah lebih adil.

Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat.

Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta.

Takaful - Perlindungan & Pelaburan yang berasaskan Hukum Syariah



JENAMA KAMI :)

Jenama Etiqa

Dengan logo dan identiti baru ini, kami membawa perubahan yang dinamik, melaksanakan perubahan luaran dan juga dalaman untuk memastikan agar anda mendapat faedah daripada perubahan ini. Nama ini unik, melambangkan asas jenama kami iaitu "Menginsankan Insurans". Logonya dinamik, berani dan berbeza tetapi mengekalkan nilai-nilai kekeluargaan melalui gambaran wajah dan juga "TQ" yang merupakan ucapan terima kasih kami kepada anda. Penggunaan huruf besar dan huruf kecil berselang-seli menggambarkan kemodenan dan melambangkan betapa mudahnya untuk mencapai dan berurusan dengan kami. Warna hitam dan kuning mewakili hubungan kami dengan Maybank dan keutuhan kedudukan kewangan kami. 







Apa erti penjenamaan ini untuk anda

Bagaimanapun, kami percaya logo dan identiti baru ini melambangkan perubahan bukan sahaja pada luaran tetapi juga dalaman. Kami percaya dengan penjenamaan ini dan dengan pelancaran identiti baru ini, kami berubah untuk memberikan lebih faedah kepada anda, untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik, menyediakan produk-produk yang lebih bagus dan yang lebih penting, sentiasa berada di sisi anda. Polisi anda yang sedia ada tidak akan berubah, kecuali pada nama, sejajar dengan penjenamaan semula ini. Kami di Etiqa amat berpegang teguh kepada jenama baru ini dan yakin anda akan teruja dengan pengalaman baru bersama dunia Etiqa.

APA & SIAPA Etiqa Takaful Berhad ?

PENGENALAN SYARIKAT


Dalam tahun 2005, Mayban Fortis(Ageas), sektor insurans dan takaful Maybank yang merangkumi Mayban General Assurance, Mayban Life Assurance dan Mayban Takaful bergabung dengan Malaysia National Insurance Berhad, syarikat insurans kebangsaan terbesar dan subsidiarinya, Takaful Nasional Sdn Bhd, operator Takaful terunggul di Malaysia. Penggabungan ini melonjak kedudukan Mayban Fortis(Ageas) sebagai syarikat insurans kedua terbesar di Malaysia.
Pada akhir tahun 2007, usaha penggabungan dengan Malaysia National Insurance dan Takaful Nasional telah membawa kepada perubahan jenama untuk keseluruhan kumpulan insurans dan takaful ini kepada jenama – Etiqa. Etiqa manjadi jenama utama untuk semua perniagaan insurans dan takaful di bawah Maybank Fortis(Ageas). Kelima-lima entiti perniagaan kini dikumpulkan di bawah 2 subsidiari utama, masing-masing untuk insurans dan takaful – Malaysia National Insurance Berhad kini dikenali sebagai Etiqa Insurance Berhad dan Takaful Nasional Sdn Bhd kini dikenali sebagai Etiqa Takaful Berhad.
Untuk tahun kewangan 2009/2010, jumlah premium terkumpul Etiqa adalah sebanyak RM 4.5 bilion (USD 1.45 bilion) sementara sumbangan Takaful adalah sebanyak RM 1.95 bilion (USD 631 bilion), menjadikan Etiqa sebagai syarikat insurans kedua terbesar di Malaysia dan operator Takaful yang terunggul di negara ini, dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 422 juta (USD 136 juta).
Pada hari ini, Etiqa menawarkan produk insurans dan takafulnya melalui pelbagai saluran seperti melalui 23,000 tenaga agensinya, 30 cawangan insurans dan takafulnya, lebih daripada 450 cawangan Maybank, ATM dan bank-bank pihak ketiga dan ini secara langsungnya menyediakan kemudahan sepenuhnya kepada para pelanggan.
Etiqa berpegang teguh kepada landasan jenamanya iaitu menginsakan insurans dan takaful. Di dalam industri yang mana perjanjian dipenuhi dengan salinan dan tulisan-tulisan kecil, Etiqa menginsankan proses ini dengan membuat perubahan melalui ketelusan, kekuatan dan kejujuran. Dengan asas yang padu, Etiqa mempunyai kemampuan untuk bekerjasama dengan para pelanggan dan menjadi kehidupan mereka lebih bermakna.
Disokong oleh bank terbesar di Malaysia, keutuhan kewangan Etiqa menjadikannya lebih bersedia untuk menjadi syarikat insurans terunggul di Malaysia. Etiqa telah pun berada di kedudukan teratas untuk perniagaan Takaful dengan pegangan pasaran sebanyak 44% pada tahun 2010. Etiqa juga berada di tangga pertama dalam perniagaan insurans dan takaful hayat/keluarga (perniagaan baru) dan am.
Sejak dilancarkan pada tahun 2007, Etiqa terus mendapat pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa sebagai bukti keunggulannya di dalam industri ini. Etiqa telah memenang anugerah ‘‘Best Takaful Marketing’ di International Takaful Awards 2008 di London, anugerah ‘Most Outstanding Takaful Company’ di Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2008 and sekali lagi pada tahun 2009, anugerah ‘Best Brand in Services – Insurance and Takaful’ di Brand Laureate Award Night 2009 di Kuala Lumpur dan anugerah ‘Best Bancatakaful’ di International Takaful Awards 2009 di London.
eTiQa Takaful dahulunya dikenali sebagai Takaful Nasional Sdn. Bhd. kini telah menjadi salah sebuah Ahli Kumpulan Maybank Berhad. eTiQa Takaful menyediakan pelbagai jenis produk Takaful Keluarga, antaranya HARMONI, PRISMA, PRISMA+, MABRUR, KARISMA, INTELEK dan ELITE TAKAFULINK. Satu sistem Perancangan Kewangan Islam yang pasti mampu memenuhi permintaan pasaran masa kini. eTiQA Takaful juga melancarkan Kad Perubatan Islamnya iaitu  Ultra Medic Rider.
*Sumber laman sesawang